Piagam Pelanggan SMKJKT

Bahawa kami pendidik dan kakitangan SMK Jalan Kota Tinggi dengan penuh tekad dan keazaman berikrar dan berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik dalam bidang tugas kami bagi menepati matlamat dan tujuan pelanggan kami dengan :

1. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan mulai hari pertama persekolahan.
2. Sentiasa berusaha melaksanakan tugas mendidik dan mematuhi keperluan pelajar dengan penitisan ilmu, kasih sayang, keseronokan, kebebasan dan survival.
3. Sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan dalam bidang kurikulum,kokurikulum,disiplin,sahsiah,keselamatan dan keceriaan.
4. Memperkembang potensi dalam semua bidang.
5. Mewujudkan iklim sekolah yang kundusif.
6. Sentiasa bersedia dan menerima pendapat, cadangan dan teguran membina daripada semua pihak untuk menambahbaik prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan dalam semua bidang.
7. Sentiasa bersedia membimbing pelajar untuk hidup bersatupadu dan memperaktikan budaya ilmu,celik sains dan teknologi serta kreatif dan inovatif.
8. Memastikan layanan kaunter yang mesra dan cekap dengan waktu menunggu tidak melebihi tempoh masa 10 minit.
9. Sentiasa bekerjasama dan memberikan layanan yang baik dan mesra kepada penjaga dan komuniti setempat serta sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan mereka.


GOV1MALAYSIAJOHORBTPJPASPAMOSTIKPKK MSCMAMPU SKMM CSEDU WEB MYSMS